"Assalamu alaykum wa rahmatullahi wa barakatuh"

"Assalamu alaykum wa rahmatullahi wa barakatuh"

18 August 2011

~Sujud Sajadah/ Tilawah~

Assallamualaikum W.B.T....
Hari nie xnak cite ape2.. just nak share cara2 untuk melaksanakan "Sujud Sajadah". Saya p0n baru jugak belajar caranya.. so, nak share dgn bloggers sume lar! So, dapatlar kita berkongsi ilmu kan...

Pengenalan:
Sujud Sejadah juga dikenali sebagai Sujud Tilawah. Sujud nie selalunyer akan kita jumpa bilamana kita melakukan solat terawih... So, ada dalam mana2 rakaat didalam Solat Terawih yang akan dikehendaki untuk kita Sujud Sajadah.... Selain itu, terdapat jugak dalam Solat Subuh yang dilakukan secara berjemaah pada setiap hari Jumaat... So, kalau sesiapa yang rajin pergi ke masjid untuk Solat Subuh berjemaah, memang tau lar ada Sujud Sajadah nie dalam rakaat pertama.

Namun, Sujud Sajadah ini ada juga dilakukan diluar solat, iaitu apabila kita berjumpa dengan ayat sajadah yang disetiap akhir ayat ada simbol ini: dalam Al-Quran, samada dibaca sendiri atau didengar daripada orang lain. Dan, hendaklah dilakukan setelah selesai menghabiskan bacaan ayat sajadah atau mendengarnya.

Ayat-ayat Sujud Sajadah ialah:
  1. Surah Al-A'Raaf ayat 206


  2. Surah Ar-Ra'd ayat 15


  3. Surah Al-Nahl ayat 50


  4. Surah Al-Isra' ayat 109


  5. Surah Maryam ayat 58


  6. Surah Al-Hajj ayat 18


  7. Surah Al-Hajj ayat 77


  8. Surah Al-Furqaan ayat 60


  9. Surah An-Naml ayat 26


  10. Surah As-Sajdah ayat 15


  11. Surah Shaad ayat 24


  12. Surah Fushshilat ayat 38


  13. An-Najm ayat 62


  14. Surah Al-Insyiqaq ayat 21


  15. Surah Al-Alaq ayat 19

Syarat-syaratnya:
Ini adalah syarat2 sebelum melakukan sujud sajadah;

  1. Ayat itu hendaklah dibaca sehingga habis. (Pihak pencetak Al-Quran telah membuat tanda kubah [refer pics diatas] bagi mashaf Uthmani @ perkataan "sajdah" bagi quran Al-Majid). Jangan sesekali sujud sebelum sampai kepada tanda tersebut.


  2. Suci dari hadas, iaitu tutup aurat dan berwudhuk. Sekiranya tiada wudhuk dan tiada juga niat dari awalnya (contohnya kita terdengar seseorang membacanya), sujud sajadah ini boleh digantikan dengan tasbih 4x (Subhanallah Walhamdulillah Walailahaillalah Wallahuakbar). Pahalanya sama dengan Sujud Sajadah yang sempurna.


  3. Tidak lama masa diantaranya, iaitu antara bacaan ayat sajadah tersebut dengan sujud yang hendak kita lakukan itu. (sebaiknya dilakukan selepas habis membaca ayat tersebut @ mendengar ayat tersebut.)


  4. Mengadap kiblat. Tidak mengapa sekiranya ayat itu dibaca dengan tidak mengadap kiblat, cuma alihkan Quran (sekiranya ada) dan pusingkan tubuh supaya mengadap kiblat sebelum melakukan Sujud Sajadah.

Rukun:

Rukun adalah perkara yang mesti dilakukan untuk menjadikan perbuatan kita ini adalah Sujud Sajadah. Tinggal salah satu bermakna tiadalah fadhilat yang akan kita perolehi. Boleh jadi jatuh kepada berdosa pula.
1. Niat berserta takbiratul ihram.

Ertinya: "Sahaja aku melakukan Sujud Tilawah kerana Allah Ta'ala"

2. Berdiri atau duduk

3. Sujud sekali
Bertakbir sekali lagi untuk melakukan sujud tanpa mengangkat tangan. Apabila hendak bangun dari sujud adalah disunatkan ketika mengangkat kepala dengan bertakbir.
Ini adalah bacaan ketika sujud:

Ertinya: "Telah sujud wajahku kepada yang telah menciptakanya, yang telah memberi rupa baginya dan telah memberi pendengaran dan penglihatan dengan kehendak-Nya dan dengan kekuatan-Nya, Tuhan yang penuh limpah keberkatan-Nya telah menjadikan manusia dengan sebaik-baik kejadian."

4. Memberi Salam
Setelah bangun dari sujud, maka disudahi dengan salam iaitu dalam keadaan duduk tanpa bertasyahhud.

Manakala, di dalam solat berjemaah, makmum wajib mengikuti imam samada imam itu melakukan Sujud Sajadah ataupun tidak. Bercanggah dari mengikuti imam akan menyebabkan solat makmum itu batal. Akan tetapi, adalah sunat hukumnya bagi makmum melakukan Sujud Sajadah selepas salam dengan syarat jarak di antara sujud dan salam itu tidak lama.
(Untuk sujud yang dilakukan berjemaah, makmum hanya perlu membaca "Bacaan Sajadah" ketika sujud dan tidak perlu membaca tasbih sujud seperti biasa.)

Fadhilatnya:
  1. Syaitan menangis semasa kita sujud. Diceritakan dalam hadith dari Abu Hurairah (r.a.) : Ertinya: " Apabila anak Adam membaca ayat sajadah, dan ia sujud, maka Syaitan akan melarikan dirinya serta menangis lalu berkata: "Celakalah ia, diperintah untuk sujud lalu ia sujud, dan baginya Syurga, dan aku pernah disuruh sujud tapi aku enggan dan bagiku neraka" (Riwayat Muslim, Kitab Al-Iman, no. 133; dan Ibn Majah)


  2. Salah satu cara untuk mendapatkan khusyuk dalam solat.


  3. Salah satu cara untuk mendekatkan diri dengan Tuhan. Ini kerana sehina-hina dan serendah-rendah martabat kita adalah sewaktu kita sujud kepada-Nya.

Wallahu a'lam...

Sekian,
Wassalam..

With Lurve,
~akhma arkhmore~

Rujukan:

No comments:

Post a Comment